*** CARA RASULULLAH SAW MENJAGA
KESEHATAN DIRI ***
1.SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk
bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan sholat sunnah, sholat fardhu dan sholat
Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam
antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara Subuh yang baik terutama
untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Kamis atau Jum’at, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku,
bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jum’at adalah
sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan
pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
3.TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan
tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang
untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga
lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus
bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan
kesehatan selain Nabi selalu berpuasa sunnah.
4.GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid,
pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh
pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mau meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5.TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’
diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan
Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri, maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz karena marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan sholat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6.OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan
emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar,
istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah SWT.
8.PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat
dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain
membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu
melekat pada hati. Justru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan
sehat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT,
tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sehat Rasulullah.
Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan
dengannya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar